LAYOUT

Apakah itu Diploma Pengurusan Acara (benda biasa untuk pelajar baru)

Assalamualaikum.

Hahaha nak gelak sikit untuk permulaan entry kali ini. kenapa? sebab lawak tgk "adik-adik" di twitter dok meng-Google apakah itu kursus pengurusan acara. hahahah okay ini lawak, sebab aku pun dulu macam tu juga,

aku pun dulu sama je masa dapat tawaran UPU dulu. dapat je kos pengurusan acara terus google. cari punya cari punya cari , tak satu pun yang membantu. siap call lagi lecture kat poli nak tanya pasal course ni, since kursus pengurusan acara ini adalah kursus baru di Politeknik Ibrahim Sultan.

last-last ku gagah kan diri ini jua untuk masuk je poli tu, mind-set dah set dah awal awal , kos ni mesti kena jadi event planner. masa tu noob sangat. orang kat poli tak tau pun pasal kos ni. ye lah kos baru kan.

okay berbalik kepada soalan APAKAH KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN ACARA DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN? 

jawapan umum nya boleh baca di sini.

dah baca? tak faham lagi? okay ringkasnya, kursus ini sebenarnya tak terhad kepada belajar pasal nak uruskan acara je. sebenarnya banyak lagi benda-benda lain yang anda dapat belajar. okay subjek utama nya memang lah pasal event planning, tapi anda juga kan belajar, accounting, marketing, foreign language (mandarin) , customer service, personnel development, legal and ethic, financial dan yang berkaitan lah.

jujur aku cakap, kos ini adalah kos paling best sebenarnya. nak tau kenapa? sebab kau tak stress sangat nak buat assigment. tengok macam aku, cool je update blog lagi. hihih. waktu kawan kau yg kos lain dok struggle buat assigment, kau akan cool je lepak lepak. percaya lah. hahaha plus, lecture untuk kos ni semua nya baik baik (cewahh)


dan benda paling best untuk kos ni ialah KAU DAPAT HANDLE EVENT wehhhh! seriously best. dari event sekecik kuman sampai lah  international event (Pasir Gudang World Kite Festival) kos yang paling sesuai untuk mereka yang tak suka nak menghadap buku je dan suka aktiviti luar kelas.

tak percaya? kau masuk dulu baru tau. hahah and sesiapa yang bercadang nak tukar kos tu fikir fikir kan lah, sebab peluang pekerjaan untuk kos ni masih cerah. kos baru kan. takkan la kerajaan tu buat kos baru, tapi tak ada peluang pekerjaan kan?

and bagi aku, paling utama ialah pasal kewangan. beza kos ni dengan kos yang lain yang ada di poli ni, kos ni bagi aku adalah kos yang kurang pakai duit. sebab, contonya lah eh, untuk kos hotel dan katering, mereka banyak habiskan duit untuk beli barang kitchen (senduk.pisau. dsb) kalau kos fesyen dan pakaian pulak sibuk beli barang jahit (benang, kain, dsb) kalau kos grafik pulak lagi lah banyak (nak beli board, colour, camera, dsb)

kos ni, kau dapat duit lagi adalah. sebab, biasanya bila kau handle event, akan dapat punya upah/elaun. kalau dia tak bagi cash, mungkin dia bagi kupon makan ke? atleast kau dah berjimat sikit kat situ.  plus, kau dapat jalan jalan. pergi sana - pergi sini. jumpa orang tu- jumpa orang ni. terbukak sikit minda engkorang tu. haaa.

so. dah fikir belum? haa fikir fikir kan lah. pilih mana yang terbaik, sebab yang belajar tu kau. aku memang dah belajar dah. haha

okay lah tu je, yang aku nak kongsi. any question boleh lah drop kat ruangan comment dibawah. rajin rajin nanti aku balas lah,

sekian.



//ewah syaa kemain lagi engko eh. dulu nangis-nangis tak nak course pengurusan acara ni :P


UPDATE : 19 / 8 / 2015
Hi, terima kasih kerana sudi membaca, sebarang pertanyaan boleh je Tweet saya di @syaarashid13. Saya kini berada di Semester 5 - Politeknik Ibrahim Sultan. :)

OLDERoho
Monday, May 12 @ 10:21   â—   { Leave a comment? }
ohoNEWER â–º