LAYOUT

cerita pasal tudung

tadi blogwalking. tetiba nampak satu entry ni. klik. baca.
AHAHAHAH! lawak la pulak.
nak baca juga?
ok ok, silakan :: (http://meriahuoll.blogspot.com/2011/07/dutung-dulu2.html)

lawa-lawa kan?
heee~

ok. dulu aku start pakai tudung waktu darjah lima.
sebab waktu tu kawan kawan aku da mula cerita pasal period, dosa sendiri dan sebagainya. tapi sebab aku sekolah agama , jadi dari darjah satu la kena pakai. sekolah kebangsaan je start pakai waktu dajah lima.

dulu tudung budak sekolah memang takde fesyen langsung. main tibai je. kedut ke tak kedut je. bantai je.

2002-2004:
yakni waktu darjah 1 sampai darjah 3.
tudung yang paling senang nak pakai. takpayah gosok, sarung je. nak kelepet kirikanan pon tak payah. yang penting muka tetap bulat seposen je.


LEBIH KURANG MACAM NI LA

masa tu , sikit pon tak fikir pasal skarf senget la, nampak rambut la. yang penting pakai tudung. takut ustazah marah. hee.

2005-2009
yakni darjah 4 sampai tingkatan 2.
tudung upgrade sikit. malu doh nak pakai TUDUNG GETAH tu. tak cun la. kang pakwe tak nak ngorat lak :)


PINJAM DHIA KEJAP :)

tudung ni kena gosok betulbetul. kedut sikit da tak lawa. menyampah!
kalau gi giant ke, taman ke pakai tudung bawal warna hitam. warna lain takde, hitam je.

2010
tingkatan 3.
malas nak gosok lamalama punya pasal. round satu PKNS cari tudung cotton :)
kalau keluar gi jalanjalan asyik pakai tudung indon je. malas nak pin banyak bayank.

2011 (sekarang)
tingkatan 4
sekolah baru. tak kasik pakai tudung cotton. kena pakai tudung jenis nilon sahaja.
nak mengosok bukan main lama. sabar je lah. kalau mak ajak gi orang kawen terus tarik selendang. lilit selilit lilitnya macam orang ajar kat youtube tu. pastu mak bising sebab lambat.
nasib baik tak tercekik.

macammacam revolusi tudung ni. kejap wardina, kejap ekin, kejap datuk K, lepastu tukar jadi yuna. 2 minggu lepas tu jadi hana tajima pulak. aduyaaii.

da ah, nak gi pasar malam jap. nak carik tudung saji :)

OLDERoho
Friday, December 16 @ 06:38   â—   { Leave a comment? }
ohoNEWER â–º