LAYOUT

klinik 1 ringgit

assalammualaikum and hello strangers!
sabtu, demam
ahad, demam
isnin, pergi klinik
selasa, dapat MC
rabu, cuti
khamis, teruskan MC
jumaat, cuti sekolah! :))

cerita bermula bila aku demam yang agak panas sampai nak mandi pon rasa malas. mula mula aku fikir demam biasa. alaa, demam budak asrama (demam rindu). tapi setelah budak budak dorm sebelah tegur yang tangan aku penuh dengan bintik merah, aku jadi takut. so, aku buat keputusan pergi klinik hari isnin. biasa lah, budak asrama kalau pergi klinik ada driver yang hantarkan. aku rasa driver sekolah aku lah yang paling hebat sekali. hantar budak budak pergi klinik macam naik ambulance . lajunya bukan main lagi. maka benarlah budak teknik lain kata driver teknik aku suka bawak bas laju laju. setibanya di klinik, aku terpaksa la menunggu lebih 20 orang yang lain sbelum turn aku. oleh sebab aku teruja sangat dapat keluar asrama setelah 3 minggu terkurung, aku pun meneruskan aktiviti yang aku da fikirkan masa naik 'ambulance' tadi iaitu, mencari KEDAI RUNCIT. heee :) saja je nak tengok majalah gosip. sayangnya satu kedai pun aku tak jumpa :( . okay, tak pe aku boleh buat aktiviti lain. aktiviti TENGOK BABY. sayangnya sorang pon taknak teman aku :( last last terpaksa lah aku melayan budak junior cina yang banyak cakap tu. lepas daftar, akak kaunter tu kata pergi ambil darah kat bilik 9. aduyaii,, ambil darah? TAKUTNYA! aku pun buat muka cool je, konon kebal. masuk bilik 9, sengeh macam kera kat nurse pastu duduk dan angkat lengan baju lepas tu tanya nurse tu sakit ke tak. bila dah kena cucuk tu, rasa macam nak menjerit je. tapi tahan je la sebab takut nurse tu kata apa pulak kan. nurse bagi darah aku suruh hantar bilik 3. lepas hantar, tunggu jap , dapat keputusan, tunggu lagi. tunggu number, tingtong. "1098 bilik 4". masuk bilik 4, borak borak ngan doktar. keluar. ambil number. tunggu. dapat ubat. call driver. sampai asrama. orang dok tanya "syaa okay?". esok nya benda yang sama berulang lagi. macam mana lah nyonya nyonya kajang boleh suka klinik tu? da la kena tunggu lama. nasib baik nurse dia baik baik.

esoknya pergi lagi klinik sebab semalam doktor da janji nak date lagi. jadi dengan berat hati, terpaksa la aku pergi. tapi naik bas pulak. dengan kak jah dan 9 lagi manusia yang lain. masa ambil number tu, kak jah paling depan. jadi oleh kerana kami lambat, kami tertinggal sedikit ke belakang daripada barisan kak jah. lepas kak jah dapat number dia terus panggil kitorang. kami yang blur meluru ke arah kak jah dan bertanya kenapa.
"korang da ambil nombor belum?" tanya kak jah.
kitorang serentak menjawab "belum".
"laaa~ yg korang tak ambiL nombor lagi tu kenapa?"
"laaa~ tadi kak jah yaNG panggil, kitorang ikut la. inggatkan kak jah dah settle kan"
"ambil sendiri la"
"emm ye la kak jah"
sah , kitorang diGAME kan oleh kak jah
lama gak la kitorang kat klinik tu. sampai aku boleh berkenalan ngan junior lagi. unutung tak? hee~
doktor kata aku demam biasa. tapi dia bagi MC. YAY!

rabu pun kena pergi klinik juga. kali ni aku pergi klinik sebelah rumah je. dekat sikit. tapi pergi dengan abah. sorry to say. nurse klinik sebelah rumah aku kurang mesra. sikit sikit nak marah. lagi suka klinik kajang yang buruk dan sesak tu!

so, nasihat aku, jagalah kesihatan supaya takpayah menghabiskan waktu duduk kat klinik. okay? rajin rajin lah mandi menggunakan sabun dan rajin rajin lah pakai selimut waktu tidur. thats all for now. bye ! :)


Labels: ,


OLDERoho
Tuesday, January 17 @ 02:23   â—   { Leave a comment? }
ohoNEWER â–º